Tuesday, June 1, 2021

DION COOLS KINI MILIK HARIMAU MALAYA


 

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini secara rasmi memperkenalkan pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya bagi menghadapi baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan ini.

Pengumuman rasmi dibuat menerusi media sosial rasmi FAM, awal pagi tadi dengan Cools, 25, terus dibawa bertemu Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di hotel penginapan pasukan sejurus tiba di Dubai.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, proses penukaran status pasukan Cools dari Belgium ke Malaysia sebenarnya sudah berjalan lama selepas pemain itu sendiri menyatakan minat dan bersetuju memilih Malaysia sebagai negara ingin diwakilinya di peringkat senior.

Jelasnya, biarpun mewakili Belgium bagi skuad B-18, B-19 dan B-21 negara berkenaan, Cools masih layak menyarung jersi Harimau Malaya namun perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Status Pemain FIFA dengan syarat tidak pernah beraksi bersama skuad senior kebangsaan Belgium

SUMBER BERITA HARIAN



No comments:

Post a Comment

sukan air kota Tinggi

 https://www.facebook.com/rahmatadvanti?mibextid=ZbWKwL